Sunday, 18 October 2009

Bagaimana Nak Kembali Kepada Agama?

Sunday, 18 October 2009
Kita semua tahu yang amalan-amalan agama seperti solat, membaca Quran, bersedekah, berakhlak dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi suruhan agama adalah perkara yang sangat penting untuk bukan sahaja kejayaan di akhirat, tapi juga adalah SANGAT penting untuk mencapai kejayaan yang sejati di dalam kehidupan di dunia kita. Cumanya, selalunya kita tiada kekuatan untuk beramal dengan amalan-amalan sunnah yang penuh berkat ini. Kita tahu solat berjemaah itu adalah sangat penting, tetapi sangat berat untuk ke masjid. Kita tahu Nabi dan para sahabatnya tidak pernah ponteng ke masjid setiap solat 5 waktu, tapi kenapa ye, kita tak mampu nak menjadi begitu? Bagaimana agaknye ye, untuk mendapatkan kekuatan?

Cuba lihat flowchart formula kejayaan seperti di bawah:

Kejayaan

Beramal dengan amalan-amalan positif secara istiqamah (Disiplin)

Sedar akibat baik beramal dengan amalan-amalan positif

Menyedarkan diri tentang akibat baik dari amalan-amalan positif secara istiqamah


Kejayaan tak akan terhasil sebelum kita beramal dengan amalan-amalan positif secara istiqamah. Tidak cukup dengan beramal dengan amalan-amalan ini secara sekali sekala. Bahkan ia harus menjadi tabiat kita. Malangnya kita tidak akan mampu beramal dengan amalan-amalan positif secara berdisipilin melainkan kita sentiasa sedar akan akibat baik apabila beramal dengannya. Kita tidak akan mampu bersolat secara istiqamah sekiranya kita tidak tahu akibat baik yang akan kita dapati daripada bersolat. Kita tidak akan mampu berakhlak mulia, jika di dalam hati kita tiada maklumat tentang mengapa kita harus berakhlak dengan akhlak yang baik. Kita tidak akan mampu menolak, apabila ada orang yang mahu merasuah kita, sekiranya kita tidak ada kesedaran yang cukup tinggi tentang hilangnya keberkatan dari rezeki akibat rasuah. Kita juga tidak akan teragak-agak untuk memberi rasuah kepada polis apabila disaman, apabila rasa hormat pada Allah tiada di dalam hati.

Oleh itu, kita mesti sentiasa menyedarkan diri kita tentang akibat baik dari amalan-amalan agama secara sistematik. Satu cara ialah dengan mengadakan sessi taklim di rumah kita. Tetapkan satu waktu di dalam setiap hari untuk kita membaca fadhilat-fadhilat amalan-amalan agama bersama seisi keluarga. Luangkan lebih kurang 30 minit setiap hari untuk perkara ini. 30 minit tidaklah lama sebenarnya. Cuba tanya diri kita dengan jujur, berapa minit kita menonton televisyen setiap hari? Antara kitab-kitab kegemaran saya ialah Fadhilat Amal dan Riyadussolihin. Setiap hari kita jiwa kita diserang dengan berbagai-bagai dakwah negatif dari pelbagai media yang ada di dalam hidup moden kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak secara proaktif membina kekuatan iman, necsaya kita akan hanyut dengan segala macam kelalaian dunia.

Semoga kita semua akan berjaya menghidupkan amalan taklim di rumah kita masing-masing. Doakanlah supaya saya juga mampu beramal dengan apa yang telah saya tuliskan. Ya Allah, tolonglah kami semua. Amin.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails