Monday, 26 September 2016

Sihir teknologi bluetooth A2DP

Monday, 26 September 2016
Bismillahirrahmanirahim,

Tulisan kali ini, aku tujukan kepada guru-guru rawatan Islam, dan juga kepada semua para muallij.

Akhir-akhir ini, aku bertemu dengan satu kes sihir yang nampaknya dilakukan seperti berikut:


  • Seorang jin telah dihantar ke dalam badan. Tetapi aku syak, ianya mungkin juga jin saka pesakit.
  • Jin ini tidak mahu menyakiti pesakit, tetapi ia telah di "pair" kan dengan jiwa pesakit.
  • Apabila tukang sihir hendak menghantar sihir, ia akan menyiksa jin ini secara remote.
  • Apa sahaja kesakitan yang dirasai oleh jin ini, akan juga dirasai oleh pesakit.
  • Pada masa serangan, perbuatan tukang sihir adalah sangat jelas pada diri pesakit. Kebelakangan ini tukang sihir melancarkan sihir dengan kaedah membakar kemenyan dan membaca mantera. Maka tangan pesakit jelas bergerak seperti orang sedang membakar kemenyan.
  • Banyak kali jin ini merayu supaya kami menyelamatkannya, dan banyak kali juga dia berjaya diselamatkan dengan izin Allah. Ada juga beberapa kali jin dilihat membelasah rangkaian sihir apabila rangkaian sihir telah lemah diruqyah.
  • Banyak kali juga, setelah jin dikeluarkan ia masih berkata-kata dengan mulut pesakit.
  • Aku rasa mungkin jin bercakap benar kerana kaedah ujikaji azab dan sembelihan tidak memberi kesan kepada jin setelah ia mengaku berada di luar diri pesakit. Sedangkan baru sekejap tadi, sebelum dikeluarkan kesan azab sangat berat kepada jin tersebut.
  • Sebab itulah aku rasa ini adalah sihir dengan teknik bluetooth A2DP. Oleh kerana jin telah di "pair" kan dengan jiwa pesakit, ia tidak perlu berada di dalam diri pesakit untuk memberi kesan kepada pesakit.
  • Barang sihir pernah diusahakan untuk ditarik dari jauh. Pernah juga aku mohon pertolongan Allah untuk musnahkan dari jauh. Tapi setiap aku memukul barang sihir, jin dalam badan juga yang sakit, walaupun aku niat supaya pukulan cuma memusnahkan barang sihir tanpa menyakiti jin di dalam badan.
  • Soalannya, bagaimana nak "unpair" kan jin dari diri pesakit ?
Mohon dibincangkan...


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails