Wednesday, 9 January 2013

Kepentingan Menjauhi Dosa & Maksiat

Wednesday, 9 January 2013

Cuba bayangkan:

Ada seorang lelaki mempunyai secawan susu yang sedap. Seorang lelaki lagi mempunyai seperiuk susu. Malangnya, jatuh seketul tahi cicak ke dalam seperiuk susu tadi. Walau yang masuk hanya seketul tahi cicak yang kecil aje, sanggupkah anda minum susu dari yang seperiuk itu. Tidaklah sama secawan susu yang bersih dengan seperiuk susu yang telah dicemari, walau dengan seketul najis yang kecil sekalipun.

Begitulah juga, tak sama antara seorang yang menjaga amal fardunya, tak banyak sangat amalan yang sunat tapi sangat-sangat berusaha menjauhi maksiat, dengan orang yang banyak amal ibadatnya, tapi dicemari juga dengan dosa dan maksiat.

Antara maksiat yang dah jadi macam biasa aje dalam hidup kita di zaman ini ialah:

  1. Lalai: sibuk menonton televisyen walaupun rancangan yang tidak memberi manfaat. Kadang-kadang bila saya dan tuan-tuan tengok drama kat TV, kita sejukkan hati kita dengan kata aku cuma nak rehat sekekap aje. Bukan ada apa pun. Tapi sedar tak dalam kita menonton drama tu, berapa banyak kali kita dah terlihat aurat wanita yang bukan mahram. Hati nak jadi berkarat tak mesti tengok yang seksi-seksi. Yang tak seksi tapi tak tutup aurat dengan sempurna pun hitam juga hati. Yang tutup aurat sempurna, tapi terlampau comel pun bahaya juga. Agak-agak kalau ada televisyen zaman para sahabat r.a, mereka tengok tak TV gamaknya? Itu belum cerita bab internet lagi... Kadang-kadang kita yang rajin baca Quran dalam Ipad atau Tab ni, ingat nak tengok facebook kejap aje sebelum baca Quran. Ujung-ujung tengok facebook satu jam, baca Quran 15 minit aje... Saya lah tu.... He he he...
  2. Mengumpat: Mengumpat bukan dibuat oleh orang-orang awam mahupun orang-orang politik aje, orang masjid, hatta ustaz-ustaz pun terjebak juga. Kadang-kadang bila saya dan tuan-tuan pergi masjid awal, ada pula sahabat ajak borak. Dalam borak-borak, tak sedar kita terumpat orang... Apatah lagi bila kita makan lunch ramai-ramai dengan kawan-kawan kat restoran. Lagilah banyak yang diumpatkan... aduss... Astagfirullah...
  3. Fitnah: Yang ni yang tak boleh tahan...kadang-kadang datang maklumat panasss dalam mailbox kita... Tanpa usul periksa, kita pun forwardkan. Ada yang forwardkan dengan email, ada yang pakai Whatsapp... Hari tu ada email kata minyak yuyi ada minyak khinzir... sana sini orang forwardkan aku tengok.. ujung-ujung lepas buat analisis, tiada ditemui sebarang unsur khinzir. Tanpa disedari, yang tolong forward tu dah sama-sama dapat saham memfitnah... huhuhu...
  4. Syirik: Hari tu lepas makan kat restoran, masa nak bayar aku tengok ada ayat Kursi ditampal pada mesin kira duit kat restoran tu. Nak kata untuk hiasan, buruk bebenor lah pulak. Tengok-tengok nak prevent toyol dari curi duit. Tak salah usaha, tapi yakinnya ke mana. Pada Allah atau pada ayat Kursi yang ditampal? Sebelum tampal ada mohon pada Allah tak? Kalau tak ada, just tampal aje nampak sangat pergantungannya bukan pada Allah, tapi pada kertas bertulis ayat Kursi. Itu belum yang tampal rajah-rajah pelik lagi... Lindungilah kami Ya Allah...
  5. Membesarkan dunia dari akhirat:  Inilah antara sebab mengapa umat Islam dah hilang POWER. Ada satu hadis yang aku ingat-ingat lupa. Lebih kurang maksudnya ialah bila umat mementingkan dunia mereka akan kehilangan kekuatan Islam, bila mereka mula mencaci satu sama lain, mereka akan jatuh dari pandangan Allah. Cuba perati, bila kita jumpa kawan-kawan. Apa yang kita sembangkan? Kita cerita tentang kerjaya, kejayaan anak-anak, kereta, bola dan berbagai-bagai lagi. Satu aje yang kita tak sembangkan... kebesaran Allah dan kebenaran RasulNya... Jangankan orang awam, kadang-kadang brader tabligh yang saban minggu pergi gash pun segan nak cerita kebesaran Allah bila makan dengan kawan-kawan kat tempat kerja... aduss akulah jugak tu... Astagfirullah... 

Aduhh.. semoga Allah selamatkan saya dan tuan-tuan...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails