Tuesday, 3 July 2012

Bagaimana Mengesan Gangguan Jin/Sihir Pada Ahli Keluarga Anda?

Tuesday, 3 July 2012
"Suami saya ni kena sihir ke?"
"Anak saya nakal sangat ni. Ada gangguan jin ke ?"

Itulah beberapa soalan yang sering ditanya pada aku.
Frankly speaking, mana aku tau... Aku bukan boleh tengok hantu...
Tapi Allah dengan rahmatNya, telah memberikan kita beberapa kaedah untuk mengesan gangguan makhluk halus. Terima kasih Allah.

Kaedahnya senang aje:
  1. Bangun tengah malam.
  2. Buat sekurang-kurangnya solat taubat 2 rakaat & solat witir satu rakaat. Kalau dapat tambah zikir 3 serangkai lagi mantap.
  3. Doakan / jampi / ruqyah ahli keluarga yang sakit dengan apa-apa ayat ruqyah. Tak kisahlah ruqyah apa pun. Ruqyah standard boleh, ruqyah Akrine boleh, ayat-ayat manzil pun boleh, asas 10 Darussyifa pun boleh. Personally, aku selalu baca ayat manzil yang ditambah dengan ayat-ayat pemusnah sihir. Kalau tak hafal, baca dari kitab pun boleh.
  4. Kalau tahu tempat yang sakit, letakkanlah jari telunjuk korang pada tempat yang sakit tu.
  5. Kalau sakitnya bukan fizikal, tapi lebih kepada perubahan sikap / perangai, letakkanlah tangan korang pada ubun-ubun pesakit.
  6. Tapi untuk akak-akak yang nak test kalau-kalau suami akak kena guna-guna, tak payahlah letak tangan pada suami akak. Karang kena dia terjaga time akak tengan ruqyah, nanti dia salah faham pulak. Tak pasal-pasal jadi gaduh besar di dinihari...
  7. Semasa  baca doa, perhatikan tanda-tanda seperti berikut:
  • Jari-jari tangan atau kaki bergerak-gerak seolah otot-ototnya ditarik-tarik dari dalam.
  • Kadangkala tangan dan kaki pun boleh bergerak-gerak seperti ditarik.
  • Mata celik dan bergerak-gerak melihat ke kiri kanan sedangkan pesakit sedang tidur.
  • Terkejut-kejut.
  • Gigi berlaga.
  • Menangis.
  • Dan lain-lain perkara pelik yang tak sepatutnya berlaku pada orang yang tengah tidur.
Kalau ada mana-mana tanda-tanda di atas, cerah masa depan ahli keluarga korang tu ada masalah gangguan jin.


TAPI TAK SEMESTINYA GANGGUAN JIN TU YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH KESIHATAN AHLI KELUARGA KORANG TU TAU!!!


Sebagai contoh, suami akak mungkin ada gangguan jin, tapi belum tentu gangguan tu yang menyebabkan suami akak mula dingin pada akak tau. Anak korang mungkin ada gangguan jin, tapi belum tentu itu sebab dia nakal.... Please take note...


Lagi satu, kenapa aku suruh buat prosedur di atas masa tengah malam? Mengikut pengalaman aku yang tak sampai setahun jagung ni, kalau ruqyah masa pesakit jaga, kadang-kadang pesakit maintain rilek aje. Cuma pesakit yang betul-betul kuat gangguannya akan terkesan. Kalau ruqyah masa tidur, gangguan yang ringan pun Insya Allah dapat dikesan. Kenapa macamtu, aku pun tak tau?


Jadi, kalau confirm ada gangguan nak buat apa? Haa... yang tu lain kali lah aku tulis ekk...



Ayat Manzil

2 comments:

kucing biru said...

Salam. Baru2 ni mak saya ade pergi berubat n orang tu kate ade yang menghantar sihir pada kami sekeluarga. Orang tersebut juga meminta kami mengamalkan ayat manzil. Ketika pertengahan saya baca ayat-ayat manzil tersebut tiba2 saya rasa sebak dan terus menangis untuk beberapa minit. Apabila sudah tenang baru saya sambung membacanya. Apakah maknanya?

Schanizan said...

Wa'alaikummussalam.
Soalan kucing biru tu, tak beranilah saya nak jawab sebenarnya. Ada banyak perkara yang nak kena diperincikan lagi, sebelum boleh di jawab.

Tapi berita baiknya, zikir kucing biru dengan ayat-ayat Manzil jelas kelihatan kesannya. Jadi teruskanlah, dan banyak-banyak bermohon kepada Allah. Tak kiralah sihir ke, saka ke, stress ke... Insya Allah ayat-ayat Al-Quran itu adalah penawar bagi segala kebatilan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails